ALOR SETAR 28 Sept. – Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas berbeza dengan kerjasama Pas-Perikatan pada 1974 kerana pada kali ini, kedua-dua parti itu menjalin hubungan menerusi dokumen perjanjian bertulis. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perjanjian itu dilakukan menerusi permeteraian memorandum persefahaman (MoU) Piagam Muafakat Nasional oleh kedua-dua presiden parti. Kata beliau, menerusi MoU itu, Pas dan UMNO menjalin kerjasama dalam semua urusan politik tanahair menerusi empat prinsip…










