LONDON – Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilaporkan sangat menanti-nantikan tawaran daripada Real Madrid untuk kembali ke Santiago Bernabeu. Mourinho meninggalkan Old Trafford pada Disember lalu selepas dipecat ekoran prestasi terumbang-ambing melanda pasukan tersebut. Beliau kemudiannya tidak menyertai mana-mana pasukan sebaliknya bertugas sebagai pengulas bola sepak, namun sumber mendapati pengurus dari Portugal itu sangat berminat untuk kembali ke Real. Antara bulan Mei dan September tahun ini, Mourinho telah menolak…










