KUALA LUMPUR: Pasaran modal Malaysia berkembang 3.2 peratus kepada paras rekod RM4.3 trilion pada 2025, berbanding RM4.2 trilion pada tahun sebelumnya, disokong peningkatan terbitan bon korporat serta aliran masuk dalam industri pengurusan dana. Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, pasaran modal Malaysia terus menunjukkan daya tahan walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu. “Prestasi 2025 mencerminkan kekuatan asas pasaran modal Malaysia. “Dengan mengimbangi pembangunan pasaran dan…










