BANGKOK – Detik-detik yang mengejutkan berlaku apabila seekor monyet menculik seekor anak kucing dan merangkulnya sambil memakan pisang tersebar di internet, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Monyet itu menangkap anak kucing tersebut ketika ia berkeliaran di luar sebuah kediaman di Rayong, timur Thailand, pada Sabtu lepas. Satu klip video menunjukkan monyet itu berada di atas sebuah bumbung sambil memeluk ‘tebusannya.’ Primat itu kemudian memakan beberapa biji pisang dengan diperhatikan oleh…










