KUALA LUMPUR 27 Sept. – Majlis Sukan India Malaysia (MISC) mengambil alih label ‘pemusnah gergasi’ apabila menumbangkan juara 2017, Pulau Pinang 2-0 dalam suku akhir hari ini untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja (PERR) Ke-79, 2019. MISC yang juga muka baharu kejohanan, mara ke saingan empat terbaik menerusi jaringan M. Thinaadhakaran dan Muhammad Arief Fahmi masing-masing pada minit ke-14 dan 62 di Stadium Majlis Perbandaran…










