KUALA LUMPUR 23 Sept. – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan pengendali Liga Malaysia itu tidak prihatin dalam soal kesihatan pasukan selepas masih meneruskan aksi Piala Malaysia 2019 ekoran masalah jerebu melanda negara. Sebaliknya MFL menegaskan pihaknya sentiasa menitikberat soal persekitaran membabitkan setiap pasukan dan tidak akan membenarkan perlawanan berjalan jika ia memudaratkan kesihatan pemain dan pegawai pasukan. Jelas MFL, pihaknya sentiasa berusaha keras dalam usaha memastikan perjalanan dengan lancar…










