KUALA NERUS – Kekurangan orang Melayu berfikir secara kritis menyebabkan kaum itu terus mudah terdedah sebagai mangsa eksploitasi walaupun merupakan majoriti di negara ini. Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin berkata, ketidaksedaran komuniti Melayu tentang kelemahan mereka menyebabkan golongan itu mudah diambil kesempatan oleh pihak lain sejak zaman dahulu. “Mula-mula (orang Melayu) dieksploitasi oleh golongan aristokrat kemudian penjajah. Semua penjajah kecuali Portugis menjajah kita tanpa melepaskan…










