MELAKA, 19 Sept. – Melaka United tekad untuk memastikan pasukan itu mampu melangkah lebih jauh selepas menempah slot ke saingan suku akhir Piala Malaysia apabila berjaya mengikat PDRM FA 2-2 dalam aksi terakhir Kumpulan D. Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan berkata pasukannya juga tidak mahu mensia-siakan peluang terutama beraksi di laman sendiri apabila bakal bertemu Pahang pada hujung minggu ini. Beliau berkata pasukannya akan kembali berlatih dan bekerja keras bagi mempersiapkan…










