Wanita temui ajal ketika pulang tunai solat Aidiladha

Wanita temui ajal ketika pulang tunai solat Aidiladha

KEADAAN lokasi kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita  di Kilometer 29.4, Jalan Lama Kota Bharu-Kuala Krai, Pulai Chondong, Machang, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang wanita meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha selepas terbabit dalam kemalangan dj Jalan Lama Kota Bharu-Kuala Krai, Pulai Chondong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun meninggal dunia di lokasi selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md. Nor berkata, siasatan mendapati wanita itu membonceng sebuah motosikal jenis SYM BX110 dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai. 

Katanya, sebuah kereta Perodua Viva yang dinaiki dua individu turut berada di laluan sama.

“Wanita itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pulai Chondong.

“Seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan penunggang motosikal itu cedera parah dan kini dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azuhar berkata, pemandu dan penumpang kereta Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN