MELAKA 20 Sept. – Kerajaan negeri mahu kesemua empat hospital swasta di Melaka memainkan peranan dalam memperluaskan lagi usaha promosi sektor pelancongan kesihatan bagi menarik lebih ramai pesakit luar negara untuk mendapatkan rawatan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, pada masa ini, dianggarkan lebih 90 peratus daripada keseluruhan pesakit luar negara yang mendapatkan rawatan di hospital swasta di negeri ini merupakan pelancong Indonesia.…










