KUALA NERUS 23 Sept. – Media arus perdana masih merupakan sumber utama berita, benar dan perlu diyakini berbanding media sosial, kata Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin. Beliau berkata, mereka yang terlibat dalam industri media arus perdana adalah golongan profesional yang terlatih, diberi tauliah dan lesen, malah tertakluk pada undang-undang dan sentiasa mematuhi etika dalam mendapatkan sumber maklumat yang betul. “Media arus perdana bukan sahaja terdiri…










