IPOH 8 Sept. – Pasukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) muncul johan hoki tujuh sebelah Kejohanan Sukan Pertubuhan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka semalam. Keputusan 1-0 mengesahkan kemenangan milik MBI yang menumpaskan lawan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam perlawanan yang berlangsung di hadapan kira-kira 300 penonton. Bahagian Perhubungan Awam MBI dalam satu kenyataan memberitahu, jaringan tunggal pasukan MBI disempurnakan oleh Muhammad Aliffikhemal Zamri…










