SEBERANG PERAI – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Kuala Muda, Penaga di sini semalam ditemui mati dipercaya akibat lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebentar tadi. Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, mayat Mohamed Zulfadhli Mohamed Johari, 23, ditemui kira-kira pukul 11.20 pagi. “Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas bagi urusan bedah siasat,” katanya kepada…










