KUALA LUMPUR 1 Sept.- Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 14 Jalan Kota Samarahan-Mambong, Kuching, Sarawak hari ini. Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu berlaku apabila mangsa, Dylan Bryan Richard Rockie, 21, bersama rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Stella, Batu 12 Jalan Kuching-Serian. Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum terbalik di…










