KUALA LUMPUR 4 Sept. – Berdepan provokasi penyokong tuan rumah menjadi cabaran buat Harimau Malaya apabila menentang Indonesia dalam memulakan kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis ini. Perkara itu diakui sendiri oleh kapten Pahang, Matthew Davies menjangkakan suasana perlawanan tegang malah mereka perlu berdepan beberapa pemain Indonesia yang mempunyai pengalaman beraksi di Liga Malaysia (Liga M). Skuad Garuda membariskan beberapa pemain yang pernah dan sedang beraksi…










