KUALA LUMPUR 30 Sept. – Dengan berbaki hanya 60 hari lagi ke Sukan SEA Filipina, Persatuan Kanu Malaysia (Masca) menerima tamparan hebat, apabila ketua pasukan lumba bot tradisonal (TBR), Adam Aris menarik diri daripada menyertai temasya itu. Adam yang turut dipilih mewakili negara dalam acara kayak (MK1 1,000 meter), mengumumkan keputusan mengejut itu pada sidang media Team Malaysia, di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini. Atlet berusia 27 tahun itu…










