JOHOR BAHRU 4 Sept. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya melumpuhkan kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras tiruan selepas merampas 10,740 paket rokok pelbagai jenis serta lima tong berisi arak tiruan yang sudah diproses selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Setia Indah 5/4, Taman Laman Setia di sini semalam. Timbalan Komander PPM Wilayah Dua, Superintenden Noor Azman Jamal berkata, bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4 petang…










