PUTRAJAYA 19 Sept. – Kementerian Sumber Manusia menyarankan majikan supaya melaksanakan dasar kerja fleksibel dengan membenarkan pekerja menjalankan tugasan dari rumah masing-masing berikutan keadaan jerebu yang berterusan. Kementerian itu menyatakan bahawa perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet semalam, yang mana ia adalah tanggungjawab utama majikan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat bekerja. “Adalah penting majikan untuk menjalankan penilaian risiko dan melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya termasuk menentukan keperluan…










