KUALA LUMPUR 30 Sept. – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan dividen sebanyak 2.0 peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan (FY) 2018 berakhir 31 Dis, 2018. Bercakap pada sidang media di sini, Ketua Eksekutif LTAT Nik Amalizan Mohamed berkata dividen itu berdasarkan hasil yang diraih bagi FY18 walaupun mencatat kemerosotan ketara sebanyak 51.9 peratus kepada RM221.0 juta. “Kemerosotan ketara bagi FY18 itu adalah disebabkan oleh pelbagai faktor melibatkan…










