Melihat sendiri rakan ditembak pada bahagian muka antara pengalaman yang sukar dilupakan bagi Sarjan Detektif Sri Hari Al Ramachandran sepanjang 20 tahun berkhidmat dalam D9. Mengimbau kembali kejadian yang berlaku pada 2006, ketika itu dia bersama beberapa rakan sepasukan lain dalam usaha menangkap penjenayah bersenjata api di Endah Parade. Seorang daripada penjenayah melepaskan tembakan yang kena pada bahagian muka seorang daripada rakan pasukannya yang mengakibatkan maut. “Tanpa saya sedar, ketika…









