Inisiatif Malaysia menganjurkan Dialog Perkongsian Pintar Global (Global) yang dimulakan dengan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) pada 1995 telah menjadikan nama negara ini sangat dikenali di negara-negara Afrika. LID yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 25 tahun lalu itu berjaya meletakkan Malaysia sebagai penggerak utama penganjuran dialog tersebut yang menghimpunkan para pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kerajaan,…










