PUTRAJAYA 19 Sept. – Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antaranya bagi mempromosikan bidang libur pendidikan (edutourism) di Malaysia, kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. Beliau berkata, Kabinet pada minggu lepas telah meluluskan konsep edutourism atau pelancongan sambil belajar yang akan diuruskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) “Kita rasa kalau kita boleh promosikan bersama dengan pihak Bernama ini akan dapat menarik lebih ramai pihak untuk melakukan edutourism,”…










