BATU GAJAH – Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya awal bulan ini. Tertuduh, Soo Weng Lai, 32, hanya mendengar pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd. Yusuf. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan ke atas seorang lelaki warga Myanmar, Phyoe Phyoe di sebuah rumah di Laluan Sri Pengkalan di sini…










