ALOR GAJAH 1 Sept. – Seorang warga emas maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah kereta yang berhenti akibat kehabisan minyak di Kilometer 192.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi. Dalam kejadian kira- kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Ng Cheng Ann, 60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kenderaan…










