Loboh mengelap peluh di dahi. Anjingnya, Gapu menyelit-nyelit di celah kangkangnya dengan lidah terjelir-jelir. Nafas anjing itu tercungap-cungap, Di hadapan Loboh yang duduk di atas kerusi plastik hijau tak berpenyandar kerana dipungut di tepi jalan, yang barangkali telah beberapa minggu dibuang di tepi jalan itu, Gapu menggoyang-goyangkan ekornya yang panjang, kemudian ia duduk. Kedua kaki depannya dirapatkan dan dia menyalak pada Loboh. Loboh mengangkat wajahnya yang dibasahi peluh. Topi lusuhnya…










