IPOH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memuat naik satu video kenyataan bersifat jelik yang menyakitkan hati orang lain dan mendatangkan kemarahan sesuatu kaum serta menggugat ketenteraman dan keselamatan awam Februari lalu. Tertuduh, T. Arunakirinathan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa memuat naik…










