MIRI – Gara-gara gurauan membawa bom seorang lelaki tempatan telah ditahan polis di Lapangan Terbang Miri pukul 8.10 pagi ini. Ketua Polis Daerah Miri, Asistan Komisioner Lim Meng Seah berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan apabila mendakwa membawa bom ketika mendaftar masuk untuk penerbangan ke Kuala Lumpur pagi ini. “Suspek telah ditanya sebanyak tiga kali sama ada membawa “powerbank” namun dijawab dengan jawapan yang sama iaitu ada membawa bom,”…










