MANCHESTER 1 Sept. – Manchester City bimbang Aymeric Laporte terpaksa direhatkan untuk tempoh yang lama selepas pertahanan Perancis itu mengalami kecederaan lutut yang agak serius ketika pasukannya membelasah Brighton 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam. Laporte terpaksa diusung keluar selepas rebah akibat asakan yang cuba dilakukan ke atas Adam Webster pada penghujung babak pertama di Etihad. City sudahpun kehilangan pemain sayap Jerman, Leroy Sane dalam tempoh yang panjang akibat…










