KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara terus menunjukkan perkembangan baik pagi ini, dengan hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bawah 100 atau sederhana. Berdasarkan bacaan IPU terkini di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 10 pagi ini, sebanyak 67 kawasan mencatat kualiti udara sederhana, termasuklah Sri Aman, Sarawak yang pernah merekodkan bacaan IPU melebihi 400 iaitu berbahaya pada…










