BACHOK: Cubaan seorang lelaki untuk menyeleweng lebih 1.2 tan minyak bersubsidi menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora berjaya dipatahkan selepas dia ditahan menerusi Ops Tiris 4.0 di Jalan Hulu Masjid Pauh Lima, Kampung Pauh 5 di sini, petang semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu di cekup pada pukul selepas MPV yang dipandunya itu diekori hampir 30 kilometer oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan serta Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada pukul 3.20 petang.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri Aswadi Jaafar berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan lebih 1.2 tan minyak masak bersubsidi pelbagai jenama.
Katanya, hasil soal siasat awal suspek mengaku kali pertama menjalankan kegiatan tersebut.
“Suspek mengaku tinggal berhampiran kawasan sempadan. Nilai keseluruhan sitaan termasuk kenderaan dianggarkan RM13,230.
“Sebelum itu kita telah ekori kenderaan suspek bermula dari Tok Bali, Pasir Puteh dan menahannya di Pauh 5,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Aswadi memberitahu, kes disasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.-UTUSAN










