SINGAPURA 22 Sept. – Kualiti udara di Singapura sekali lagi mencecah tahap ‘Tidak Sihat’ di seluruh negara pulau ini menjelang perlumbaan akhir Grand Prix Formula 1 Singapura yang akan membuka tirai malam ini. Dalam maklumat yang dikemas kini pada 2 petang, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata, bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam yang dicatatkan adalah sekitar 101 dan 116, dengan bacaan tertinggi direkodkan di bahagian selatan republik ini. Dibahagikan…








