PULAU PINANG 26 Sept. – Seorang kru kapal lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut dari sebuah kapal kira-kira 0.2 batu nautika dari perairan McCallum, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Agus, 24, dilaporkan hilang selepas terjatuh dari Kapal Tangki Mekar Jaya. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu yang didakwa…









