PULAU PINANG 21 Sept. – Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya penularan gambar yang mengandungi maklumat palsu berhubung isu pemberian MyKad yang dikaitkan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri, Yap Yee Ling berkata, infografik kononnya Kon Yeow mempunyai kuasa mutlak untuk mengurniakan MyKad kepada bukan warganegara dan meminta orang luar tidak mencampuri urusan kerajaan negeri itu disebarkan menerusi aplikasi WhatApps sejak semalam. Beliau…










