KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Engku Hamzah Tuan Mat meninggal dunia petang tadi, pada usia 60 tahun. Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ismail Bakar menerusi laman Twitter rasminya. “Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menerusi twitternya turut mengucapkan takziah atas kepergian Allahyarham.…










