SISTEM pendidikan kini tidak lagi menekankan kepada kecemerlangan pencapaian dalam peperiksaan (IQ, kecerdasan minda atau Intelligence Quotient) semata-mata. Tetapi, sistem pendidikan sekarang lebih menekankan kepada pendidikan untuk menjadi manusia positif dan bermanfaat, (EQ, kecerdasan emosi atau Emotional Quatient). Iaitu pendidikan yang menitikberatkan juga kepada pembangunan diri dan kemahiran mengawal emosi. Ini kerana yang menentukan sikap seseorang ialah EQ iaitu sejauh mana kemampuan seseorang mampu mengawal emosi dalam semua keadaan, sama…










