KUALA LUMPUR 23 Sept. – Penduduk di Seksyen U12 gempar apabila sebuah rumah di taman itu dipenuhi kepulan asap tebal dan api marak memusnahkan sebuah kereta mewah serta sebahagian ruang tamu di Jalan Selasih U12/26D, dekat Shah Alam hari ini. Ketika kejadian pada pukul 10 pagi itu, difahamkan mangsa di rumah terbabit bergegas menyelamatkan diri setelah mereka dikejutkan dengan kebakaran yang bermula di tempat letak kereta hadapan rumah berkenaan. Menurut…










