IPOH 2 Sept. – Kerajaan sedia meneliti cadangan menaikkan had umur bersara pekerja daripada 60 kepada 65 tahun seperti di beberapa negara maju. Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, dalam masa sama, turut diperhalusi ialah cadangan supaya kerajaan memperkenalkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan sebanyak RM500. Menurutnya, kedua-dua cadangan itu antara perkara yang telah dibincangkan kementeriannya dengan Kementerian Kewangan baru-baru ini. Beliau berkata, kementeriannya telah memberikan pandangan…










