KUALA LUMPUR 4 Sept. – Parti Gerakan menyeru kerajaan mengambil tindakan segera bagi menghentikan kempen utamakan barangan keluaran bumiputera. Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, ini kerana kempen tersebut tidak sesuai dengan keadaan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. “Saya percaya kempen ini bukan hanya akan memberi kesan kepada bukan Islam tetapi juga orang Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Semalam, Dominic turut mengeluarkan kenyataan berkenaan isu…










