PASIR PUTEH 27 Sept. – Keluarga Shah Ahmad Nizam Salleh yang hidup dalam kemiskinan di Kampung Bukit Tanah, Semerak di sini, mendapat perhatian pelbagai pihak selepas penderitaan mereka dilaporkan media termasuk Utusan Online baru-baru ini. Keluarga lelaki berusia 36 tahun itu dilaporkan daif dan hidup melarat selepas dia lumpuh akibat patah tulang belakang, tulang punggung, tulang rusuk dan tulang rahang selepas terjatuh ketika menebang pokok kelapa setinggi 4.5 meter di…










