PASIR PUTEH 1 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan sedang berusaha melahirkan 10,000 pengusaha madu kelulut bagi merealisasikan misi menjadikan negeri ini sebagai pengeluar madu kelulut produktif menjelang 2025. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, bagi mencapai matlamat itu, sebuah makmal inovasi dibuka di Pasir Pekan, Tumpat. Selain itu beliau berkata, seramai 600 penternak disasarkan didaftarkan pihaknya sepanjang…










