LONDON 12 Sept. – Paolo Di Canio mengakui terkejut dengan perpindahan Mauro Icardi menyertai Paris Saint-Germain (PSG) secara pinjaman dari Inter Milan. Penyerang Argentina itu disingkirkan daripada menyertai latihan bersama Inter dan hanya dapat menyertai PSG ketika pasaran perpindahan hampir tutup. Kelab gergasi Perancis itu mempunyai pilihan untuk membeli Icardi namun bekas penyerang Juventus itu percaya perpindahan tersebut boleh memberi keuntungan kepada PSG atau sebaliknya. “Tetapi, kenapa Carlo Ancelotti mahu…










