PUTRAJAYA – Seorang jurugambar Perbadanan Putrajaya (PPj) cedera di bahagian bahunya selepas dikelar dengan parang dalam kejadian samun di Putrajaya Sentral, Presint 7 di sini semalam. Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohammad Faris Mohd. Noor Azmi, 30, cedera ringan di bahu kanan dan kehilangan telefon bimbit jenis Huawei P30 Pro bersama pengecasnya. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, sewaktu kejadian, mangsa sedang berbual dengan seorang lelaki…










