LANGKAWI 20 Sept. – Keadaan jerebu di sekitar pulau ini tidak menjejaskan persiapan skuad perahu layar negara menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini, sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Filipina, November depan. Sesi latihan itu turut melibatkan dua pelayar elit negara Khairulnizam Mohd Afendy Abdullah dan Nur Shazrin Mohd Latif yang sudah layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, masing-masing dalam acara laser standard dan laser radial.…










