BENTONG 12 Sept. – Pengurusan sekolah khususnya pengetua dan guru besar diminta sentiasa peka dengan isu jerebu yang melanda negeri ini bagi membuat keputusan segera sama ada menutup sesi persekolahan atau menangguhkan aktiviti luar sekiranya keadaan memerlukan. Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Tajuddin Mohd. Yunos berkata, sehingga kini tiada lagi sekolah di negeri ini menutup persekolahan termasuk di daerah Rompin yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 semalam. “Sama…










