PUTRAJAYA – Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan diteruskan secara dalam talian sekiranya penutupan sekolah berlarutan ekoran masalah jerebu, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. Beliau berkata, Kementerian Pendidikan memantau rapi situasi jerebu di negara ini terutamanya menjelang ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dijadualkan bermula 30 September ini. “Sekiranya ini (jerebu) berlanjutan, kita akan ambil tindakan yang sama seperti insiden yang berlaku di Pasir Gudang (Johor) iaitu…










