KUALA LUMPUR 19 Sept. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menangguhkan karnival tahunan terbesar mereka, MYPerodua Nation ekoran jerebu yang melanda negara. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataannya hari ini berkata, karnival yang dijadualkan berlangsung bermula esok hingga Ahad ini di Setia City Oval Lawn, Setia Alam, Selangor ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. “Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan…










