KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang melengkapkan kertas siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran hutan dan ladang yang berlaku semasa keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini dua minggu lepas. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Norhazni Mat Sari berkata, ini berikutan pihaknya sedang menyiasat sama ada kebakaran terbuka di beberapa lokasi seperti di Johan Setia Klang, di Selangor, serta Miri dan Kota Samarahan di Sarawak…










