SHAH ALAM – Sebanyak 57 buah sekolah di daerah Klang dan Kuala Langat akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat melebihi 200 yang dicatatkan di Johan Setia pada pukul 2 petang tadi. Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, penutupan sesi persekolahan itu melibatkan 30 buah sekolah di Kuala Langat dan 27 sekolah di daerah Klang membabitkan 68,025 orang pelajar. Katanya, semua sekolah yang tidak disenaraikan akan…








