“INI bukan jenayah kolar putih, tetapi jenayah kopiah putih!” Tersentak saya seketika mendengar ayat seloroh seorang rakan, Wan Rumaizi yang merupakan pakar bidang muamalat suatu ketika dahulu. Sindiran itu ada benarnya kerana banyak sekali pengeluar produk ‘Islam’ menggunakan agama sebagai bahan pelaris dalam pasaran sekarang. Akal kitapun tidak terjangkau idea kreatif produk Islamik mereka tawarkan seperti minyak wangi jampian ayat pengasih surah Yusuf dan surah Taha, jus ajaib yang dibacakan…










