BOLEH dikatakan masih ada sesetengah rakyat di negara ini lemah dalam menguruskan cukai pendapatan mereka. Ya! Cukai pendapatan wajib dibayar sama ada makan gaji atau bekerja sendiri. Selagi kita menerima sumber pendapatan adalah menjadi tanggungjawab untuk declare sumbernya. Sebenarnya, tidak perlu dibimbangkan tentang perkara ini kerana ada cara pengiraan dan pelepasan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Secara ringkasnya, hasil pendapatan yang diterima akan ditolak dengan pelepasan…










